Close

Nubia Red Magic 6R kini rasmi – Hadir dengan Snapdragon 888 dan paparan 144Hz pada harga sekitar RM1,946


Nubia
melancarkan sebuah lagi peranti permainan baru mereka dengan nama Red Magic 6R. Yang mana ia bukanlah peningkatan yang besar berbanding Red Magic dan Magic 6 Pro. Tetapi ia hadir dengan reka bentuk yang lebih nipis dan menarik namun kehilangan beberapa ciri estetika sebuah peranti permainan.

Nubia Red Magic 6R dikuasakan dengan Snapdragon 888, digabungkan dengan memori RAM 6GB ,8GB atau 12GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Skrin bersaiz 6.67 AMOLED paparan 144Hz bersama kamera swafoto jenis punch-hole.

Selain itu, pada Redmagic 6R turut dilengkapi dengan butang trigger jenis sensor sentuh yang menawarkan kadar pensamplen sentuh sehingga 400Hz.

Pada fotografi, Red Magic 6R membawakan tetapan kuad-kamera dengan sensor utamanya adalah 64MP, 8MP sudut lebar, 5MP makro dan 2MP kamera kedalaman. Dan untuk kamera swafoto pula ia hadir dengan kamera tunggal 16MP.


Salah satu perubahan ketara pada Red Magic 6R dan siri Red Magic 6 adalah kapasiti bateri dan juga pengecasan pantas. Untuk Red Magic 6R ia hadir dengan kapasiti bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 55W di China dan 30W pada model global. Yang mana pada siri Red Magic 6 ia hadir dengan bateri 5050mAh bersama pengecasan pantas 66W dan 120W untuk versi Pro.

Nubia Red Magic 6R hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Dark Blue, Silver, dan Light Blue. Dan terdapat satu edisi terhad dengan warna kuning kolabrasi bersama Tencent Games.

Harga jualan Red Magic 6R adalah CNY 2,999 (RM1,946) untuk 6GB/128GB dan CNY3,599 (RM2,336) untuk spesifikasi tertinggi 12GB/256GB. Harga bagi edisi terhad pula adalah CNY3,999 (RM2,595). Buat masa ini ia hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja, pra tempahan bermula dari 1 Jun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN