Close

OnePlus 9 akan memasuki pasaran Malaysia

 


OnePlus Malaysia
hari ini memuatnaik satu imej bersama kapsyen“Something is Coming” yang mana ia memperlihatkan gambar bulan dengan latar belakang yang gelap.

Dalam status tersebut OnePlus Malaysia turut menyatakan tarikh 11 May untuk mengumumkan sesuatu. Kami menjangkakan OnePlus Malaysia akan mengumumkan kemasukkan siri OnePlus 9 dan mungkin turut mengumumkan jam tangan pintar pertama dari OnePlus untuk pasaran Malaysia.

Dalam posting tersebut juga memberi bayangan yang ia adalah siri OnePlus 9 merujuk kepada “Something new is on the horizon.” yang mana ia digunakan semasa pelancaran siri OnePlus 9 sebelum ini.

Betul atau tidak ia adalah mengenai siri OnePlus 9 sama-sama kita nantikan. Siri OnePlus telah pun dilancarkan pada bulan Mac yang lalu, hadir dengan tiga varian iaitu OnePlus 9, OnePlus 9 Pro dan OnePlus versi premium bajet iaitu OnePlus 9R.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN