Close

OnePlus Watch edisi Cyberpunk 2077 akan diperkenalkan pada 24 Mei ini


OnePlus Watch
merupakan jam tangan pintar pertama dari OnePlus yang telah diumumkan bersama-sama dengan siri OnePlus 9 pada Mac yang lalu. Ditawarkan dengan dua warna iaitu Hitam dan Perak dan dijual pada harga RM699 untuk pasaran Malaysia.

Namun jika anda di China, anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan OnePlus Watch edisi terhad yang akan dilancarkan pada 24 Mei ini. Edisi terhad yang dimaksudkan adalah OnePlus Watch Cyberpunk 2077 yang membawakan beberapa perbezaan visual dari edisi biasa.

OnePlus Watch Cyberpunk akan mempunyai tali getah hitam dengan jalur kuning bersama logo Cyberpunk. Ia juga akan hadir dengan watch face edisi terhad yang bertemakan Cyberpunk. Dari segi spesifikasi ia membawakan spesifikasi yang sama seperti RAM 1 GB, storan dalam 4 GB, pengecasan pantas Warp Charge dan kalis air dan debu 5ATM + IP68.

Ini merupakan peranti OnePlus yang kedua hadir dengan edisi Cyberpunk 2077, sebelum ini OnePlus 8T telah hadir dengan edisi Cyberpunk pada November tahun lalu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN