Close

Pra-tempahan OnePlus 9 Pro habis dalam 30 saat sahaja

Pada 17 Mei yang lalu OnePlus Malaysia secara rasminya mengumumkan harga rasmi bagi siri OnePlus 9 untuk pasaran Malaysia. Harga rasmi yang siri OnePlus 9 dilihat sedikit mahal berbanding peranti permium lain dipasaran ketika ini.

OnePlus Malaysia hari ini telah pun memulakan jualan secara dalam talian melalui dua kedai dalam talian yang popular iaitu Shopee dan Lazada. Bagi varian OnePlus 9 ianya dijual melalui Shopee dan untuk varian Pro ia djual melalui Lazada.
 

Pada sejam yang lalu, OnePlus Malaysia telah memuatnaik status dengan memperlihatkan imej OnePlus 9 Pro habis dijual dalam 30 saat. Jualan yang bermula dari jam 12 malam tadi hanya memerlukan 30 saat sahaja melalui statistik masa yang dikongsi oleh OnePlus Malaysia.
                                                     
Dengan setiap pra tempahan OnePlus 9 Pro ia didatangkan dengan fans special gift bundle seperti OnePlus Buds, OnePlus WarpCharge 50 Wireless Charger, OnePlus WarpCharge 65 Power Adapter dan OnePlus 9 Pro Karbon Bumper Case yang bernilai RM1,000. Tidak ketinggalan jaminan selama dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN