Close

Qualcomm Snapdragon 888+ dikesan pada penanda aras Geekbench dengan kelajuan 3.0Ghz

 


Qualcomm secara konsistennya akan hadir dengan dua cip premium iaitu pada bulan Disember untuk varian standard dan varian plus, yang kebiasaan akan hadir pada bulan Julai.


Dengan menghampiri waktu itu, telah muncul di penanda aras Geekbench yang mengatakan ia adalah Snapdragon 888+. Perubahan ketara diantara Snapdragon 888 adalah pada teras prestasi X1 yang mana pada 888+ ia mampu menghasilkan clock speed pada 3.0Ghz berbanding Snapdragon 888 iaitu 2.8Ghz. Keputusan penanda aras turut memperlihatkan keputusan empat teras cortex A55 iaitu pada 1.8Ghz dan tiga teras tambahan cortex A78 pada 2.4Ghz.

 

Bagi ujian Single Core Snapdragon 888+ mendapat 1,171 dan pada ujian Multi Core pula ia mendapat 3,704. Keputusan pada kedua-dua ujian ini dilihat sejajar dengan peranti yang menggunakan Snapdragon 888.

Walaubagaimana pun tiada sebarang maklumat tambahan mengenai keupayaan dari segi grafik untuk Snapdragon 888+. Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat mengenai Snapdragon 888+ akan muncul dalam beberapa minggu akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN