Close

Qualcomm umum cip Snapdragon 778G dengan teknologi binaan 6nm

Siri cip Snapdragon siri 700 merupakan cip yang sangat popular dikalangan pengeluar telefon kelas pertengahan dan juga premium.

Sebelum ini Qualcomm telah melancarkan Snapdragon 780G dengan binaan 5nm bersama 5G. Dan kali ini Qualcomm menambah satu lagi siri 700 dengan 778G dengan binaan 6nm. Kedua-dua siri ini membawakan ciri premium seperti pada Snapdragon 888.

Snapdragon 778G menawarkan tiga pemproses isyarat gambar, atau ISP yang mana ciri ini tersedia pada Snapdragon 888 membolehkan merakam foto dan video dari tiga kamera yang berlainan dalam masa yang sama.

Selain itu, ia juga menyokong pemprosesan kamera dengan sensor HDR berperingkat seperti pada Mi 11 Ultra. 778G juga merangkumi beberapa penambahbaikan seperti GPU yang lebih cekap, bunyi yang lebih baik dan pengalaman kamera pada panggilan video. Termasuklah kedua-dua mmWave dan sub-6GHz 5G serta Wi-FI 6.

Cip baru ini akan mula digunakan pada peranti kelas pertengahan premium dari pengeluar seperti Motorola, Xiaomi, Realme, Honor, Oppo, dan iQOO. Honor dijangka menjadi yang terawal mengunakan Snapdragon 778G yang akan digunakan pada Honor 50. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN