Rekaan Google Pixel 6 tertiris – Turut hadir dengan varian Pro - FUZZ.MY

Sunday, May 16, 2021

Rekaan Google Pixel 6 tertiris – Turut hadir dengan varian Pro

Gambar : Jon Prosser x Rendersbyian.

Google Pixel pertama dilancarkan pada tahun 2016 yang berpandukan pada reka bentuk yang rumit. Tetapi itu semua bakal berubah dengan pelancaran Pixel 6 yang dikatakan akan menggunakan reka bentuk baru yang lebih radikal berbanding Pixel 5.


Gambar : Jon Prosser x Rendersbyian

Melalui imej render yang dikeluarkan oleh Jon Prosser, Pixel 6 akan membawakan rekaan bonggol kamera yang mendatar dibahagian belakang dan terdapat jalur warna kecil diatas kamera. Imej yang tertiris itu turut memperlihatkan panel belakang jenis matte. Tidak ketinggalan Google akhirnya menggunakan tetapan tri-kamera.


Gambar : Jon Prosser x Rendersbyian

Selain dari reka bentuk yang radikal pada Pixel 6, Jon Prosser turut menyebut yang Pixel 6 akan hadir dengan dua varian iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro.  Pixel 6 Pro akan mempunyai saiz yang lebih besar dan berkemungkinan akan hadir beberapa fungsi yang tidak ada pada Pixel 6.


Gambar : Jon Prosser x Rendersbyian

Imej render turut memperlihatkan paparan hadapan Pixel 6 menggunakan kamera hadapan jenis punch hole ditengah dengan pengesan cap jari dibawah skrin. Pixel 6 akan membawakan tiga kombinasi warna nanum warna yang ditunjukkan pada imej render adalah tidak tepat.


Gambar : Jon Prosser x Rendersbyian

Pada awal tahun ini, terdapat laporan mendakwa yang Pixel 6 akan dilancarkan dengan cip Whitechapel yang dibangunkan sendiri oleh Google. Oleh itu, Pixel 6 mungkin hadir dengan perubahan reka bentuk yang drastik dan lebih terarah kepada DNA Google sendiri.


(Sumber)