Close

Samsung akan menggunakan panel dengan 1,000 ppi menjelang 2024

Samsung Display dilaporkan dalam usaha untuk meningkatkan had panel OLED / AMOLED dengan menambah kepadatan piksel sehingga 1,000 ppi (piksel per inci).

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh media Korea, Samsung Display dikatakan sedang membangunkan teknologi paparan yang memungkin mereka menghasilkan panel OLED / AMOLED dengan kepadatan sehingga 1,000 ppi.

Buat masa ini, kebanyakkan peranti menggunakan paparan dengan ppi sekitar 400-500 seperti yang digunakan pada Galaxy S21 Ultra yang mempunyai 515 ppi.

Bagi mereka yang tidak mengetahui, kepadatan piksel adalah merujuk kepada berapa banyak piksel yang dicrammed dalam skrin dengan ukuran tertentu. Paparan 1 inci dengan resolusi 720P mempunyai kepadatan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan paparan 6 inci dengan resolusi yang sama. Dengan kepadatan yang lebih tinggi ia menjadikan gambar dan teks lebih tajam.

Selain dari menghasilkan paparan dengan 1,000 ppi, laporan tersebut turut menyatakan yang Samsung Display akan hadir dengan teknologi paparan 10 kali ganda lebih pantas. Yang mungkin akan dikembangkan pada teknologi Virtual Reality (VR) bukannya pada peranti mudah alih.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN