Close

Samsung disaman kerana masalah lensa kamera

 

Siri Galaxy S20 telahpun dilancarkan pada tahun lalu, namun selepas ia dilancarkan terdapat banyak laporan yang diterima mengenai masalah keretakkan pada lensa kamera belakang.

Pada peringkat awal, Samsung tidak mengakui yang masalah ini datang dari mereka dan menyalahkan pengguna berikutan masalah itu. Namun, selepas perkara itu berlaku kepada salah seorang duta mereka, akhirnya Samsung mengakuinya.

Menurut dari Samsung Care, masalah ini terjadi kerana tumpuan tekanan yang berlaku di bawah lensa modul kamera yang mengakibatkan keretakkan seperti lubang peluru.

Berikutan dari masalah itu, tuntutan undang-undang mengenai masalah tersebut telah pun dibuat oleh sebuah firma undang-undang (Hagens Berman) di Amerika Syarikat. Firma tersebut menyatakan yang Samsung telah melanggar beberapa undang-undang perlindungan pengguna dengan menggunakan lensa modul kamera yang berkualiti rendah yang tidak mencerminkan harga peranti tersebut.

Perkara ini turut terjadi kepada beberapa lagi siri Galaxy S20 seperti Galaxy S20 4G/5G, Samsung Galaxy S20+, Galaxy S20 FE dan juga Galaxy S20 FE 5G.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN