Close

Samsung Mexico secara tidak sengaja membocorkan maklumat mengenai Samsung Galaxy S21 FE

Akhir-akhir ini telah banyak maklumat mengenai peranti terbaru dari Samsung iaitu Galaxy S21 FE. Siri FE kali ini diteruskan pada model Galaxy S21 selepas ia dimulakan pada Galaxy Note 7 yang dijenamakan semua kepada Note FE selepas insiden yang menjejaskan reputasi Samsung.

Gambar: LetsGoDigital.

Menurut dari laporan Galaxy Club, Samsung Mexico secara tidak sengaja memuat naik maklumat mengenai Galaxy S21 FE di laman sesawang mereka pada halaman utama.

Pada halaman utama sesawang memperilhatkan isi kandungan yang berbunyi “Conoce más sobre Galaxy S21 FE” yang bila diterjemahkan menjadi “Ketahui lebih lanjut mengenai Galaxy S21 FE” ditulis dibawah gambar Galaxy S21 dan Galaxy S21 Ultra.

Gambar: OnLeaks xVoice

Khabar angin mengenai Samsung Galaxy S21 FE telah pun bertiup sejak Februari lalu. Dan imej pertama yang tertiris untuk Galaxy S21 FE adalah pada awal bulan April yang lalu.

Gambar: LetsGoDigital.


Galaxy S21 FE
dijangka akan hadir dengan skrin bersaiz 6.4 inci rata, bateri 4500mAh bersama kamera swafoto 32MP. Galaxy S21 FE akan hadir dengan lima pilihan warna iaitu gray, green, purple, pink dan white. Ia dijangka akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN