Close

Selepas Twitter, Instagram pula mungkin akan hadir dengan perkhidmatan langganan berbayar


Adam Mosseri
iaitu ketua Instagram bagi rangkaian sosial mengatakan yang Instagram berkemungkinan akan hadir dengan perkhidmatan langganan berbayar dan akan bekerjasama dengan NFT yang merupakan token market.

Instagram berbayar akan mempunyai kandungan yang lebih menarik selain daripada melihat iklan media sosial. Selain itu, setiap langganan juga akan hadir dengan kandungan yang ekslusif. Namun masih tiada sesuatu tarikh yang diumumkan mengenai bila ia akan dilancarkan.

Mosseri turut mengulas mengenai populariti Reels, dia mengakui bahawa penggunaan ciri tersebut masih lagi rendah jika dibandingkan dengan pesaing lain seperti TikTok dan Youtube tetapi ciri tersebut semakin popular di Brazil dan India.

Instagram bukanlah platform pertama yang menawarkan kandungan eksklusif  bagi setiap langganan. Terdapat ciri serupa di YouTube, dan pada awal tahun, Twitter turut mengumumkan kandungan yang memerlukan langganan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN