Close

Sharp Aquos R6 dilancarkan – Snapdragon 888, paparan 240Hz dan kamera Leica 20MP bersaiz 1-inci

 


Sharp
hari ini mengumumkan peranti baru mereka iaitu Aquos R6 untuk pasaran Jepun. Ia merupakan peranti kelas premium yang hanya mempunyai satu kamera belakang sahaja.

Perkara menarik yang ada pada Aquos R6 adalah ia hanya mempunyai satu kamera belakang sahaja tetapi dilengkapi dengan sensor 1-inci 20.2 Megapixel. Ia merupakan sensor kamera terbesar pernah ada ketika ini.  Teknologi yang dikembangkan dengan kerjasama Leica bermula dari segi reka bentuk lensa sehinggalah penyesuaian kualiti gambar. 

Sharp Aquos R6 turut hadir dengan saiz skrin 6.67 inci WUXGA + (2,730 x 1,260 piksel) Pro IGZO OLED. Yang merupakan panel pertama didunia yang menyokong kadar penyegaran dinamik dari 1Hz sehingga 240Hz. Yang mana Sharp menjanjikan kelancaran dengan penjimatan kuasa yang baik.

Untuk spesifikasi dalaman, Sharp Aquos R6 dijana dengan cip Snapdragon 888 dipadan dengan RAM 12GB, storan dalaman 128GB dan kapasiti bateri 5000mAh.

Untuk ciri keselamatan, Aquos R6 merupakan peranti pertama didunia yang menggunakan pengimbas cap jari 3D Sonic Max dari Qualcomm yang turut menyokong fungsi dual-fingerprint sistem. Membolehkan pengguna log masuk dengan dua cap jari serentak untuk keselamatan tambahan.

Spesifikasi lain yang ada pada Aquos R6 seperti kamera swafoto 12MP, bluetooth 5.2, sokongan Dolby Vision, dan kalis air dan debu. Sharp Aquos R6 akan mula dijual pada pertengahan bulan Jun di Jepun. Untuk harga pasaran ia masih belum didedahkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN