Close

Siri Honor Play 5 dijangka akan dilancarkan pada 18 Mei ini

Honor dijangka akan memperkenalkan siri Honor Play terbaharu iaitu Honor Play 5, acara pelancaran bagi siri Honor Play 5 dijangka akan dibuat pada 18 Mei ini. 

Melalui poster yang dikongsi di Weibo, ia memperlihatkan dua varian Honor Play 5 iaitu Honor Play 5 dan Honor Play 5 Pro. Dan terdapat juga maklumat mengenai tarikh pelancarannya iaitu pada 18 Mei.


Gambar : GSMARENA.

Kedua-dua model tersebut akan hadir dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan kamera utamanya 64MP namun pada susunan kamera terdapat sedikit perbezaan seperti dalam poster. Pada bahagian hadapan ia dikatakan akan hadir dengan skrin jenis OLED dengan resolusi FHD+.


Untuk spesifikasi lain, Honor Play 5 akan dijana dengan cip Dimensity 800U sementara Honor Play 5 Pro akan menggunakan cip Snapdragon 888 seperti mana yang telah tertiris sebelum ini. Siri ini mungkin menjadi siri yang paling nipis dan ringan dengan ketebalan 7.46mm dan berat keseluruhan hanya 179 gram sahaja.

Pada kapasiti bateri ia hadir dengan 3800mAh dan untuk pengecasan ia masih menjadi tanya adakah Honor masih mewarisi standard pengecasan pantas Huawei SuperCharge atau Honor akan membangunkan teknologi pengecasan mereka sendiri.

(Sumber) 

ARTIKEL BERKAITAN