Close

Siri OnePlus 9 akan hadir di pasaran Malaysia pada 17 Mei ini

OnePlus hari ini telah mengumumkan bahawa siri OnePlus 9 akhirnya akan memasuki pasaran Malaysia. Acara pelancaran yang akan berlangsung pada 17 Mei bermula jam 12 tengah hari yang akan dibuat secara dalam talian menerusi laman Facebook dan juga saluran Youtube rasmi OnePlus Malaysia.

Siri OnePlus 9 kali ini hadir dengan membawakan keupayaan kamera yang baru dengan kerjasama Hasselblad. Yang menyaksikan OnePlus akan berkerjasama dengan Hasselblad selama tiga tahun dalam meningkatkan keupayaan kamera untuk siri OnePlus akan datang.

Selain itu, siri OnePlus 9 turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 888 dan merupakan peranti dengan sensor ultrawide terbesar setakat ini iaitu 50MP. Harga jualan OnePlus 9 di eropah adalah bermula dari ₹ 49,999 (RM2,836) untuk 8GB/128GB dan ₹ 54,999 (RM3,120)  untuk 12GB/256GB, bagi versi Pro pula bermula dari  ₹ 64,999 (RM3,687) untuk 8GB/128GB dan ₹ 69,999 (RM3,971) untuk 12GB/256GB.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN