Close

Tajuddin mengaku dengan kesilapan beliau semasa sidang media – Turut ditegur oleh Najib Razak

Dalam sidang media yang dilakukan oleh Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini terhadap insiden keretapi yang bertembung dan menyebabkan kecedaraan beratus penumpang yang turut ada mengalami cedera parah telah mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak.

Kerana sikap beliau yang berseloroh ketika sesi soal jawab dan penerangan kepada wartawan terhadap situasi keretapi dan juga mangsa. Bekas Perdana Menteri, Najib Razak dalam perkongsian beliau di Facebook telah mengulas tentang hal itu setelah beliau menghubungi serta menegur Tajuddin.

Dalam perkongsian tersebut, Najib berkata bahawa Tajuddin akur terhadap kesilapan beliau dan meminta maaf, lebih-lebih lagi pada wartawan yang ada ketika itu.

Turut menambah, pihak Prasarana akan menambah jumlah bantuan kewangan dari RM1,000 ke satu jumlah yang lebih memuaskan buat penumpang yang cedera dan berjanji akan membantu siasatan juga tidak menyorok sebarang sebarang maklumat yang diperlukan.

Namun, apa yang mengecewakan adalah kenapa bukan Tajuddin sendiri yang meminta maaf pada umum, lebih-lebih lagi pada mangsa dan wartawan yang ada ketika sidang media itu?

Apa pun, sikap sebegini tidak sepatutnya ada pada seorang pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat. Lagi-lagi ketika terdapat mangsa yang cedera, bertarung nyawa di ICU dan rakyat sedang berduka cita terhadap insiden yang berlaku. Harap ia memberi pengajaran pada kita semua, terutamanya menteri lain.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN