Close

Xiaomi dikeluarkan dari senarai hitam oleh Amerika Syarikat

Pada awal januari yang lalu jabatan pertahanan Amerika Syarikat dibawah pentadbiran Trump telah menyenaraikan sembilan syarikat dari China ke dalam senarai hitam pelaburan, termasuklah pembuat telefon gergasi China iaitu Xiaomi. 

Amerika Syarikat mendakwa sembilan syarikat tersebut mempunyai hubungkait dengan syarikat tentera komunis China. Sehubungan dengan itu pada 31 Januari, Xiaomi telah mengemukakan aduan undang-undang terhadap jabatan pertahanan dan perbendaharaan Amerika Syarikat mengenai dakwaan itu yang dikatakan tidak berasas oleh Xiaomi.

Dan pada 13 Mac, keputusan mahkamah memihak kepada Xiaomi. Yang menyaksikan keputusan Hakim Rudolph Contreras menghentikan sementara larangan tersebut untuk mengelakkan Xiaomi dari kerugian yang lebih teruk.

Selepas kemenangan besar di mahkamah, jabatan pertahanan Amerika Syarikat akhirnya bertindak mengeluarkan Xiaomi dari senarai hitam pelaburan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan proses pengadilan mereka tanpa sebarang pertandingan.

Buat masa ini, kedua-dua pihak sedang merunding syarat-syarat tertentu dan akan membentangkannya bersama sebelum 20 Mei. Dengan tidak lagi disenarai hitam firma dari Amerika Syarikat kini boleh melabur semula kepada pembuat telefon gergasi China itu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN