Close

Xiaomi Mi Pad 5 dijangka akan dilancarkan pada Julai ini

Xiaomi pernah menghasilkan tablet dan tablet terakhirnya adalah Mi Pad 4. Namun selepas itu Xiaomi tidak lagi menghasilkan tablet. Kini desas desus yang Xiaomi bakal kembali dalam arena tablet semakin bertiup kencang.

Baru-baru ini salah satu varian Mi Pad 5 telah diperakui akan hadir dengan kapasiti bateri 8,520mAh. Xiaomi Mi Pad 5 dijangka akan membawakan tiga varian dan salah satu darinya akan menggunakan cip Snapdragon siri 8xx.

Xiaomi Mi Pad 5 dijangka akan bersaing dengan pengeluar tablet lain seperti Apple iPad, Samsung Galaxy Tab, dan juga Huawei MediaPad. Mi Pad 5 dan Mi Pad 5 Pro akan menjadi kelas atasan dan model ketiga mungkin hadri dengan spesifikasi kelas pertengahan.

Varian Pro ia dikatakan hadir dengan skrin LCD resolusi 2K, paparan 120Hz dan juga 240Hz touch sampling rate. Mi Pad 5 mungkin akan dijana Snapdragon 870 sementara versi Pro pula akan dikuasakan dengan MediaTek Dimensity 1200. 

Mi Pad 5 tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat sebaliknya Xiaomi merancang untuk melancarkan Mi Pad 5 pada suku kedua tahun ini iaitu pada bulan Julai menurut dari pengarah produk Redmi iaitu Wang Teng Thomas.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN