Close

Xiaomi umumkan pengecasan pantas 200W yang mampu mengecas penuh dalam masa 8 minit sahaja

Xiaomi hari ini mengumumkan teknologi pengecasan pantas baru, yang sekaligus menjadikan syarikat tersebut memegang rekod terpantas dalam mengecas peranti pada ketika ini.

Xiaomi memperkenalkan dua teknologi pengecasan pantas iaitu berwayar dan juga tanpa wayar. Untuk pengecasan pantas berwayar ia membawakan kelajuan sehingga 200W dan untuk tanpa wayar pula ia membawakan kelajuan sehingga 120W.


Melalui ujian yang diperlihatkan, Xiaomi menggunakan peranti Mi 11 Pro yang telah diubahsuai. Ujian itu memperlihatkan keupayaan teknologi pengecasan pantas 200W yang mampu mengecas dari 0% ke 100% dalam masa 8 minit sahaja untuk kapasiti bateri 4000mAh.

Tidak hanya menfokuskan pada pengecasan berwayar sahaja, Xiaomi turut memperlihatkan teknologi pengecasan pantas tanpa wayar 120W. Dengan menggunakan peranti dan kapasiti bateri yang sama ia mengecas dari 0% ke 100%  hanya dalam masa 15 minit sahaja.

Dengan pengenalan teknologi pengecasan pantas dari Xiaomi itu, ia menjadikan Xiaomi pengeluar pertama yang hadir dengan pengecasan pantas selaju itu.

Walaubagaimanapun, Xiaomi tidak mengumumkan bilakah teknologi ini akan digunakan dan peranti pertama yang bakal hadir dengan teknologi tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN