Close

Android 12 Beta merupakan Beta paling banyak dimuat turun setakat ini

Pada acara Google I/O yang berlangsung bulan lalu,Google telah pun mengumumkan versi Android baru iaitu Android 12 yang membawakan antaramuka baru yang dipanggil “Material You”.

Menurut Dave Burke yang merupakan Naib Presiden kejuruteraan Android, Android 12 Beta adalah Beta paling banyak dimuat turun dalam sejarah Android setakat ini.

Android 12 mula ditawarkan kepada pengguna dalam versi Beta pada bulan Mei lalu, yang membawakan perubahan yang radikal dari segi antaramuka yang memungkin pengguna untuk mencuba versi Beta tidak seperti versi Beta sebelum ini.

Melalui garis masa  Android 12 yang dikeluarkan oleh Google, versi stabil Android 12 dijangka akan dilancarkan pada September ini. Dan siri Google Pixel 6 mungkin akan menjadi peranti pertama yang menjalankan Android 12 secara luar kotak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN