Close

Apple mungkin akan perkenalkan iPhone dengan harga lebih murah yang bersaiz 6.7-inci pada tahun 2022

Menurut laporan dari penganalisa Ming-Chi Kuo, Apple mungkin akan perkenalkan barisan siri iPhone baharu pada tahun 2022, tiada lagi skrin yang kecil. Ia terdiri daripada iPhone yang mempunyai saiz yang besar iaitu 6.1-inci dan 6.7-inci dengan harga lebih murah berbanding versi Pro.

Tambahan lagi, Apple dikatakan mungkin akan menggunakan nama yang sedikit berbeza pada siri iPhone 14 iaitu iPhone 14, iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Terdapat penambahan ‘Max’ pada iPhone 14 biasa yang dikatakan adalah iPhone yang bersaiz lebih besar dengan harga bawah $900 (RM3,700).

Dalam laporan juga turut menyebut pada tahun 2022, tiada lagi iPhone bersaiz kecil seperti iPhone 12 mini yang kurang mendapat sambutan. Sebaliknya, semua barisan iPhone 14 mempunyai skrin yang besar.

Hatta, ada juga ura-ura yang dikongsikan sebelum ini mengatakan bahawa siri iPhone 14 akan menggunakan pengimbas cap jari (Touch ID) pada skrin, tiada lagi skrin bertakutk (notch) dan menggunakan sensor kamera lebih besar (48MP).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN