Close

Apple mungkin akan perkenalkan MacBook Pro 16″ dan 14″ terbaru pada acara WWDC 2021

MacBook Pro 16-inci dan 14-inci adalah antara produk dari Apple yang dinantikan oleh pengguna yang dijangka akan menggunakan cip pemproses Apple M1 yang telah dinaiktaraf dari MacBook Pro M1 sebelumnya yang diperkenalkan pada tahun 2020.

Acara terdekat yang menanti peminat Apple adalah WWDC 2021 (Worldwide Developers Conference) yang telah dijadulakan pada 7 Jun ini (8 Jun 1AM waktu Malaysia) yang akan perkenalkan perisian baharu seperti iOS 15, iPadOS 15, dan pelbagai lagi.

Menerusi laporan terbaru, terdapat ura-ura bahawa Apple mungkin memberi kejutan semasa acara berikut dengan memperkenalkan MacBook Pro 16-inci dan 14-inci yang membawakan rekaan baharu, prestasi dipertingkat, mengembalikan port HDMI dan tiada lagi Touch Bar.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN