Close

Apple Watch 2021 dilaporkan akan hadir dengan bingkai lebih nipis, sokongan Ultra-Wideband dan cip yang lebih pantas

Gambar : Jon Prosser.

Menurut laporran dari Bloomberg, Apple merancang untuk menghasilkan Apple Watch pada tahun ini. Apple Watch Siri 7 dijangka akan hadir dengan bezel yang lebih nipis, sokongan Ultra Wideband dan juga cip yang lebih pantas.

Gambar: Jon Prosser.

Ultra Wideband pertama kali diperkenalkan adalah pada Apple Watch Siri 6 dan pada Apple Watch Siri 7 ciri akan dikemas kini dengan sokongan yang lebih baik. Ciri sensor suhu badan yang dijangka akan dimuatkan pada Apple Watch Siri 7 nampaknya tidak akan digunakan.

Apple Watch tahun ini akan mempunyai rekaan bezel yang lebih nipis, menggunakan teknologi lamination bagi menggurangkan jurang antara skrin dan penutup kaca. Kerangka keseluruhan pada Apple Watch siri 7 pula akan sedikit tebal berbanding model sebelumnya.


Pakar tiris Apple iaitu Jon Prosser, turut mengatakan yang Apple bakal menghasilkan Apple Watch 2021 yang akan menampilkan rekaan sisi yang lebih rata seperti pada iPhone 12.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN