Close

Bekas SVP BMW sertai Apple untuk projek automotif kereta pintar

Sebelum ini kita sudah banyak dengar khabar berita mengenai projek automotif yang sedang dibangunkan oleh Apple dan nampaknya Apple dilihat semakin serius apabila bekas Timbalan Presiden BMW iaitu Ulrich Kranz telah sertai Apple untuk projek automotif mereka.
Jika lihat dari latar belakang Ulrich, beliau memang seorang yang sangat berpengalaman dalam industri automotif dan telah berkhidmat dengan BMW selama 30 tahun. Antara kereta konsep elektrik yang pernah beliau bangunkan seperti BMW i3 dan BMW i8.
Setakat ini tidak banyak maklumat yang didedahkan tentang projek ini, namun terdapat ura-ura bahawa Apple sedang membangunkan kereta elektrik pintar dan ia masih dalam fasa yang awal Apa pun sama-sama kita nantikan bagaimana kereta elektrik yang bakal Apple perkenalkan kelak.

ARTIKEL BERKAITAN