Close

Cip Snapdragon 895 mungkin akan dihasilkan oleh Samsung

 Qualcomm merupakan salah satu pembuat cip terbesar, walaupun begitu syarikat tersebut tidak mempunyai kilang mereka sendiri sebaliknya cip mereka dihasilkan oleh pihak ketiga.

Terdapat dua pengeluar cip yang popular iaitu Samsung dan TSMC yang mana mereka turut bersaing dalam mendapat kontrak pengeluaran bagi cip kelas premium. Terdapat laporan mengatakan Qualcomm memilih Samsung sebagai pengeluar bagi cip premium mereka yang seterusnya iaitu Snapdragon 895.

Menurut Notebookcheck, Samsung akan mendapat kontrak dalam pengahasilan pengganti kepada Snapdragon 888 yang akan dibina dengan cip teknologi 4nm. Walaupun sebenarnya Samsung masih belum lagi sepenuhnya menguasai teknologi 4nm.

 

Samsung sebelum ini hanya menamakan semula teknologi 5nm generasi ketiga (5LPA) kepada 4LPE dan menjelaskan “tiada perbezaan prestasi antara 5LPA dan 4LPE”.

Snapdragon 895 dijangka akan menggunakan Cortex X2 dan Cortex-A710 serta Cortex-A510 dan  digabungkan dengan GPU Adreno 730 yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Disember tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN