Penstriman video yang sudah lama dinantikan kini telah hadir di Malaysia. Anda sudah boleh melanggan dan tonton Disney+ Hotstar dengan RM54.90 untuk langganan 3 bulan. Bermakna, RM18.30 sebulan.
Anda boleh tonton melalui laman sesawang Disney+ Hotstar atau muat turun aplikasi di Play Store (Android) dan App Store (iOS). Namun buat masa ini di Malaysia, ia tidak tersedia buat permainan konsol seperti PS5.