Close

Fungsi kamera Astrotimelapse akan hadir pada peranti Google Pixel tidak lama lagi

Aplikasi Google Pixel Tips memberikan petunjuk baru mengenai fungsi kamera baru yang akan hadir pada Google Pixel. Yang merupakan penambahan dari ciri kamera sebelum ini iaitu Astrophotography.

Seperti yang dilaporkan, terdapatnya kod mengenai fungsi kamera baru pada Pixel yang dikesan dengan nama “CameraAstrotimelapseSettingController” pada aplikasi Google Tips. Dengan pentunjuk yang ditemui fungsi ini mungkin akan di namakan sebagai Astrotimelapse.


Fungsi Astrotimelapse ini akan membolehkan pengguna mengambil gambar pemandangan malam dengan langit yang bergerak. Menurut 9to5Google fungsi ini akan hadir pada kemaskini bulanan dan bukannya melalui Features Drop. 

Turut didedahkan adalah aplikasi kamera yang dipasang adalah versi 8.2.3 yang mempunyai fungsi  Astrotimelapse. Versi terkini Google kamera adalah 8.2.2, yang memberikan petunjuk bahawa kemaskini fungsi ini akan tiba pada masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN