Google Pixel 5a dijangka akan dilancarkan pada Ogos ini - FUZZ.MY

Wednesday, June 30, 2021

Google Pixel 5a dijangka akan dilancarkan pada Ogos ini

Gambar : OnLeaks x Voice

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan bahawa Google Pixel 5a dibatalkan, namun Google mengeluarkan kenyataan yang Google Pixel 5a akan dilancarkan pada tahun 2021.


Menurut laporan dari Bloomberg, Google dijangka akan mengumumkan Pixel 5a pada sekitar Ogos ini dan melancarkan pada bulam yang sama. Walapun begitu, Pixel 5a hanya akan dilancarkan di United State dan Japan sahaja seperti yang disahkan oleh Google. Tidak dapat pastikan adakah ia hanya bersifat sementara atau kekal.


 Melalui maklumat awal tertiris mengenai Pixel 5a yang memperlihatkan tiada perubahan ketara pada Pixel 5a dari segi reka bentuk dan ukuran. Selain itu, Pixel 5a turut akan menggunakan cip yang sama dengan Pixel 4a 5G dan juga Pixel 5 iaitu Snapdragon 765G.


Memandangkan Google akan melancarkan dua lagi peranti pada tahun ini iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Ogos mungkin bulan yang sesuai untuk pelancaran siri a seperti mana model sebelum ini Pixe 4a. Pixel 5a mungkin akan menjadi peranti pertama dengan Android 12.


(Sumber)