Close

Harga siri iPhone 12 di Malaysia telah turun dari harga jualan asal – Potongan sehingga RM400!

Siri iPhone 12 telah perkenalkan pada Oktober tahun lalu yang mempunyai 4 pilihan model iaitu iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max dengan pilihan warna baharu, cip pemproses A14 Bionic, rekaan berkotak dan juga rangkaian 5G.

Pada awalnya, harga jualan untuk siri iPhone 12 di Malaysia bermula :

  • 12 mini 64GB – RM3,399
  • 12 64GB – RM3,899
  • 12 Pro 128GB – RM4,899
  • 12 Pro Max 128GB – RM5,299
Namun dalam kemaskini di laman sesawang rasmi penjual produk Apple yang sah di Malaysia iaitu Machines dan Switch, terdapat pengurangan harga jualan yang dilihat lebih berbaloi dari sebelumnya, iaitu :

  • 12 mini 64GB – RM2,969 (Machines) / RM3,079 (Switch)
  • 12 64GB – RM3,569 (Machines) / RM3,639 (Switch)
  • 12 Pro 128GB – RM4,799 (Machines & Switch)
  • 12 Pro Max 128GB – RM5,199 (Machines & Switch)
Gambar : Machines
Setiap pilihan storan juga mempunyai tawaran harga yang berbeza. Pengurangan harga dilihat sekitar RM100 sehingga RM400 buat siri iPhone 12 yang ditawarkan oleh penjual produk Apple yang sah di Malaysia.

Gambar : Machines
Selain dari siri iPhone 12, terdapat juga potongan harga buat produk lain seperti siri iPhone 11, iPhone Xr, AirPods Pro,  Apple Watch, aksesori Apple, dan pelbagai lagi produk yang anda boleh cuci mata.
Rujukan : Machines / Switch

ARTIKEL BERKAITAN