Close

HarmonyOS 2.0 bakal tersedia pada 100 peranti Huawei tidak lama lagi

Huawei telah mengumumkan versi kedua HarmonyOS bersama beberapa peranti baru yang telah tersedia menjalankan HarmonyOS 2.0 dalam satu acara khas. Huawei membawakan dua smartwatch dan dua tablet baru tanpa kelibat telefon baru.

Dengan pelancaran Harmony0S 2.0, ia dianggap sebagai satu penghijrahan besar-besaran dan Huawei merancang untuk menukar 100 peranti sedia ada termasuk telefon dan tablet dari Android ke HarmonyOS 2.0.

Untuk permulaan, HarmonyOS 2.0 akan tersedia kepada pengguna di China dan seterusnya secara global. Namun Huawei tidak mengumumkan bila ia akan tersedia secara global.

Kemaskini HarmonyOS 2.0 akan diberikan secara berkelompok dengan kelompok pertama bakal menerimanya pada bulan Jun dan kelompok kedua akan menerima pada suku ketiga iaitu pada  Julai-September.



HarmonyOS 2.0 bukanlah sistem operasi yang difokuskan kepada telefon sahaja, ia merupakan satu ekosistem Huawei dengan slogan  “One as All, All as One“. Ia adalah satu permulaan baru Huawei selepas disenaraikan didalam entity list.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN