Close

Honor 50 dan 50 Pro hadir dengan Snapdragon 778G, pengecasan pantas 100W dan menyokong GMS

 


Honor
membuka halaman baru mereka dengan melancarkan siri Honor 50. Dengan membawakan tiga varian Honor 50 iaitu Honor 50, 50 Pro dan 50 SE. Merupakan peranti pertama yang akan menjalankan Google Mobile Services (GMS) pada peranti Honor.

Honor 50 dan 50 Pro merupakan telefon pertama yang dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 778G. Kedu-duanya membawakan spesisifikasi asas yang sama. Honor 50 Pro hadir dengan skrin FHD+ OLED 10-bit 6.72 inci melengkung dengan paparan 120Hz. Terdapat sepasang kamera swafoto dengan sensor utama 32MP dan 12MP ultra sudut lebar.

Sementara Honor 50 pula hadir dengan skrin bersaiz 6.57 inci dengan spesisifikasi skrin yang sama dan hadir dengan satu kamera swafoto dengan sensor 32MP. Kedua-dua model hadir dengan pilihan RAM 8GB/12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.


Untuk fotografi, kedua-duanya berkongsi tetapan kamera dan rekaan yang sama dengan dua modul kamera bulat yang besar. Menggunakan tetapan kuad-kamera dengan sensor utama 108MP, 8MP ultra lebar dan dua sensor 2MP untuk makro dan kedalaman. Dan terdapat mod Vlog khas yang boleh merakam video dari kamera depan dan belakang secara rentak.

Honor 50 Pro hadir dengan bateri 4000mAh bersama pengecasan pantas 1000W. Sementara Honor 50 ia hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4300mAh dengan pengecasan pantas 66W.


Untuk ciri lain yang hadir bersama adalah pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari dibawah skrin, dan menjalankan Magic UI 4.2 berasaskan Android 11. Honor juga turut memperkenalkan GPU Turbo X iaitu sistem perisian yang membantu dalam mengoptimasikan peranti ketika bermain.

Honor 50 dan Honor 50 Pro akan mula dijual pada 25 Jun di China. Harga bagi Honor 50 bermula pada CNY 2,699 (RM1,732) sementara Honor 50 Pro bermula pada CNY 3,699 (RM2,734). Honor turut mengesahkan kedua-dua peranti tersebut bakal tersedia untuk pasaran Global namun tidak memberikan sebarang tarikh.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN