Close

Honor bakal menggunakan Snapdragon 888 Plus pada peranti seterusnya

Selepas pengumuman Qualcomm Snapdragon 888 Plus, Honor mengumumkan bahawa mereka sedia untuk melancarkan peranti premium seterusnya dengan menggunakan Snapdragon 888 Plus.


Menurut Fang Fei merupakan Present Of  Product Line bagi Honor, siri Honor Magic 3 akan datang bakal menggunakan cip unggul terbaru dari Qualcomm. 

Selepas Honor keluar dari Huawei pada akhir tahun lalu, Honor telah melancarkan siri pertama telefon pintar mereka, siri Honor 50 adalah model pertama yang menggunakan cip kelas pertengahan terbaru dari Qualcomm.

Snapdragon 888 Plus adalah versi naiktaraf dari Snapdragon 888 tahun lalu, menawarkan peningkatan sehingga 20% dengan teras utama kyro 680 dipertingkatkan sehingga 2.99GHz. Turut menggunakan Enjin Qualcomm AI Generasi keenam dengan prestasi sehingga 32 TOPS AI. Di lengkapi dengan  modem Snapdragon X60 5G dan juga Snapdragon Elite Gaming.

Buat masa ini Honor belum lagi mengumumkan sebarang tarikh pelancaran mengenai siri Honor Magic 3. Qualcomm mengatakan peranti dengan Snapdragon 888 Plus akan mula memasuki pasaran pada suku ketiga 2021.

Selain Honor, beberapa pengeluar seperti Xiaomi, ASUS, Vivo dan Motorola antara pengeluar yang telah mengesahkan akan menghasilkan peranti dengan cip Snapdragon 888 Plus.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN