Close

Honor kembali menggunakan Google Mobile Services (GMS) pada telefon pintar dan juga tablet

Jurucakap kepada Honor mengesahkan bahawa peranti mereka iaitu telefon pintar dan tablet Honor akan kembali menyokong Google Mobile Services (GMS).

Buat masa ini Honor sedang menjalankan tinjauan keselamatan dan ujian keserasian Play Protect Google untuk memastikan aplikasi GMS boleh dijalankan pada kesemua peranti Honor.

Honor mengatakan kesemua peranti yang serasi akan dapat menjalankan GMS, walaupun begitu belum dapat dipastikan adakah peranti sedia ada di pasaran akan dapat menjalankan GMS seperti pada  peranti akan datang.

Selepas penjualan Honor oleh Huawei, Honor kini bebas dan akan dapat menjalankan Google Mobile Services pada telefon pintar dan tabletnya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN