Close

Huawei P50 tidak dilancarkan hari ini, tapi inilah rekaan kamera yang dikongsikan oleh Huawei

Dalam pelancaran HarmonyOS hari ini, Huawei dilihat tidak melancarkan siri Huawei P50. Sebaliknya Huawei telah kongsikan imej rekaan sebenar siri Huawei P50.

Sebelum ini kita telah lihat pelbagai maklumat yang tertiris tentang rekaan siri Huawei P50 dan ia tepat seperti apa yang telah dikongsikan oleh Huawei dengan rekaan kamera berbentuk bulat dan besar. Sangat berbeza dari rekaan kamera fon Huawei sebelum ini.

Pihak Huawei juga menyebut bahawa Huawei P50 akan menaikkan fotografi mudah alih (Mobile Photography) kepada tahap yang lain. Tidak hairan kerana siri Huawei P memfokuskan pada fungsi kamera dan fotografi.

Menurut Richard Yu (Huawei Consumer CEO), “Pelancarannya masih tidak diketahui lagi, tapi kami berusaha mencari cara untuk buat produk ini tersedia untuk anda”. 

Siri Huawei P50 juga akan dilengkapi dengan HarmonyOS dan dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Jun atau beberapa bulan mendatang. Apa pun, sama-sama kita nantikan pembaharuan yang Huawei bawakan pada siri Huawei P50 dengan HarmonyOS terbaru.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN