Close

iOS 15 kini rasmi – Ini adalah senarai iPhone yang menyokong iOS 15

Pada acara WWDC yang berlangsung hari ini Apple telah mengumumkan sistem operasi baru mereka iaitu iOS 15. iOS 15 hadir dengan sejumlah penawaran fungsi baru dan juga penambahbaik kepada beberapa fungsi seperti privasi , facetime, messages serta susunan notifikasi yang lebih baik.

Apple turut mengumumkan senarai peranti yang akan menerima sokongan iOS 15.  Dan perkara menarik mengenai iOS 15 adalah kesemua peranti yang menjalankan iOS 14 bakal menyokong iOS 15.

Berikut adalah senarai peranti yang bakal menerima sokongan iOS 15 -:

  • iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 12 mini dan iPhone 12
  • iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max
  • iPhone 11
  • iPhone XS dan iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8 dan iPhone 8 Plus
  • iPhone 7 dan iPhone 7 Plus
  • iPhone 6s dan 6s Plus
  • iPhone SE (generasi pertama)
  • iPhone SE (gen ke-2)
  • iPod touch (gen ke-7)

Buat masa ini iOS 15 sudah tersedia dalam fasa pembangun dan boleh dimuat turun pada peranti yang menyokong kemaskini iOS 15. Namun Perlu diingatkan bahawa ini adalah versi beta dan anda mungkin menghadapi masalah dan pepijat semasa menggunakannya

ARTIKEL BERKAITAN