Close

iPad Mini baru bakal menggunakan port USB-C, rangka yang nipis dan pengimbas cap jari pada butang kuasa

Pakar tiris terkenal Jon Prosser telah berkongsi satu lagi imej render pada kualiti tinggi yang memperlihatkan reka bentuk iPad Mini baru. 

Gambar : Jon Prosser

Prosser mendakwa yang iPad Mini baru bakal hadir dengan bezel yang lebih nipis dan tiada lagi home button akan digunakan. Sensor Touch ID pula akan diletakkan pada butang kuasa, pada panel belakang pula terdapat  satu kamera lens bersama Smart Connector pad seperti mana pada iPad Air.

Gambar : Jon Prosser

Pada iPad mini baru, tiada lagi sambungan lightning akan digunakan, sebaliknya Apple akan mula menggunakan sambungan USB-C menurut Prosser dan akan mempunyai pembesar suara yang lebih baik dari model sebelumnya.

Gambar : Jon Prosser

iPad Mini baru akan dikuasakan dengan cip A14 Bionic, hadir dengan sokongan rangkaian 5G dan menawarkan kemampuan stylus Apple Pencil yang baru dan lebih kecil. iPad Mini baru bermungkinan akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu black, silver dan gold.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN