Close

iPhone 13 Pro mungkin akan hadir dengan kamera ultra sudut lebar dengan sokongan Auto-Fokus

Desas-desus mengenai siri iPhone 13 semakin bertiup kencang, memandangkan hari pelancaran model tersebut yang semakin hampir. Siri iPhone 13 dijangka akan dilancarkan pada September ini.

Telah tertiris pelbagai maklumat awal mengenai siri iPhone 13, kini hadir satu lagi maklumat tambahan mengenai iPhone 13 Pro mengenai kemampuan kamera baru pada model tersebut.

Menurut Kuo, model premium iPhone 13 iaitu Pro dan Pro Max akan hadir dengan kamera ultra lebar dengan sokongan autofokus, yang mana pada model sekarang ia menggunakan kamera ultar lebar dengan fokus tetap.

Dengan menggunakan sokongan autofokus pada kamera ultra lebar ia akan membantu memberikan hasil gambar yang lebih tajam dan lebih terperinci tanpa mengira jarak subjek. 

Penggunaan sokongan autofokus dijangka akan mula disertakan pada kesemua model iPhone 14 yang dijangka akan dilancarkan pada 2022. Namun buat masa ini, sokongan autofokus hanya akan digunakan pada model premium iaitu Pro dan Pro Max sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN