Close

iPhone 2022 dijangka hadir dengan sensor Touch ID di bawah skrin

Dalam laporan terbaru, penganalisa Apple Ming-Chi Kuo mengatakan bahawa Apple mungkin akan mula menyertakan sensor Touch ID di bawah skrin pada beberapa model iPhone 2022.

Menurut Kuo lagi, Apple merancang untuk menghasilkan empat sahaja model pada siri iPhone 2022. Ia bermakna siri iPhone 13 adalah barisan terakhir yang akan mempunyai versi mini. Pada iPhone 2022, Apple akan menggunakan dua sahaja saiz skrin iaitu 6.1 inci dan 6.7 inci dengan dua model setiap satunya.

Anggaran harga bagi iPhone 6,7 inci bermula dari RM3,744 ($900) namun tidak mempunyai beberapa ciri tertentu seperti sensor Touch ID dibawah skrin. Untuk varian tertinggi iPhone 6.7 inci, semasa iPhone 12 Pro Max pula bermula dari RM4,571 ($1099)

Perincian lain mengenai iPhone 2022 adalah penambaikan dari segi kamera, menurut Kuo model utama bagi siri iPhone 2022  akan menampilkan kamera sudut lebar yang baru iaitu 48MP.

Teka-teki mengenai siri iPhone 2022 semakin menarik untuk dilihat. Akan ada lebih banyak maklumat mengenainya akan disajikan dari masa ke semasa. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN