Close

iPhone SE 2022 bakal jadi iPhone dengan rangkaian 5G termurah

Penganalisa Apple iaitu Ming-Chi Kuo mengatakan Apple merancang untuk melancarkan iPhone SE baru pada pertengahan 2022.

Seperti laporan yang tertiris sebelum ini, reka bentuk iPhone SE baru dijangka menggunakan rekaan yang sama seperti model iPhone 8.

Selain itu, iPhone SE baru dikatakan akan menyokong rangkaian 5G dan menggunakan cip terkini Apple. Menurut Kuo, harga jualan bagi iPhone SE baru adalah sekitar RM2,900 ($699) ke bawah iaitu harga jualan bagi iPhone 12 mini. Jika ia benar terjadi, iPhone SE akan menjadi iPhone 5G termurah yang dihasilkan oleh Apple.

Terdapat juga ura-ura mengenai model iPhone SE Plus dengan skrin yang lebih besar bersama Touch ID pada butang kuasa. Namun tiada sebarang pengesahan dari Kuo mengenainya atau mungkin model itu dibatalkan atau ia model akan datang.

Buat masa ini tiada lagi sebarang tarikh diumumkan oleh Apple mengenai perkara ini dan bila ia akan dilancarkan. Tetapi sesuatu akan diperlihatkan oleh Apple menjelang pertengahan tahun 2022 kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN