Close

Jumlah pengguna HarmonyOS 2 kini melebihi 10 Juta pengguna aktif

HarmonyOS 2  yang baru sahaja diumumkan oleh Huawei baru-baru ini dilaporkan telah digunakan melebihi dari 10 juta pengguna aktif.


Dengan mencapai pengguna aktif melebihi 10 Juta ia menandakan sebagai satu peristiwa penting buat Huawei selepas memutuskan untuk membangunkan sistem operasinya sendiri dan tidak bergantung harap pada Google selepas di senaraikan sebagai entiti oleh Amerika Syarikat.

Buat masa ini, HarmonyOS hanya tersedia untuk pengguna siri Mate 40, siri P40, siri Mate 30, dan MatePad Pro di China, sementara siri P30 dan siri Honor 30 dan V30 pula dalam fasa beta tertutup ketika ini dan di jangka beta umum akan dilancarkan pada bulan Julai.

Ianya sessuatu yang menarik untuk melihat bagaimana peralihan pengguna global ke HarmonyOS. Ia pasti melibat satu jumlah yang lebih besar dan akan berkembang dari masa ke semasa. HarmonyOS bukanlah sistem operasi semata-mata ia merupakan satu ekosistem yang dibangunkan oleh Huawei sebagai One as All, All as One.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN