Close

Jumlah trafik internet di Malaysia lebih 1 Tbps pada Jun 2021 – 2 kali ganda berbanding PKP 1.0

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa di Malaysia telah menyebabkan kebanyakan pekerja diharuskan bekerja dari rumah, sekolah ditutup dan banyak masa dihabiskan di rumah yang membuatkan penggunaan internet lebih dari biasa.

Sehubungan dengan itu, Malaysia Internet Exchange (MyIX) telah kongsikan laporan tentang penggunaan internet di Malaysia pada bulan Jun 2021 yang telah melebihi 1 Tbps. Jika dibandingkan dengan PKP pada bulan Mac 2020 lalu, penggunaan internet hanya 588 Gbps sahaja.

Disebabkan penggunaan yang meningkat 2 kali ganda, MyIX telah menambah bilangan nod suis satelit kepada 7 nod bagi menampung trafik kestabilan penggunaan internet yang dijangka akan terus meningkat.

MyIX juga turut bekerjasama dengan operator komunikasi untuk menambah lebih banyak port bagi mengurangkan kesesakan trafik penggunaan internet di Malaysia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN