Close

Leica perkenalkan Leitz Phone 1 dengan harga sekitar RM7,000

Leica tidak asing lagi dengan jenama kamera yang premium dan mahal. Jika sebelum ini Leica banyak bekerjasama dengan syarikat pengeluar telefon pintar seperti Huawei dan terbaru adalah Sharp buat model Aquos R6.
Kini, Leica telah perkenalkan fon mereka sendiri dengan model Leitz Phone 1. Dari segi spesifikasi dan rekaan, ia hampir sama dengan Sharp Aquos R6 yang dilancarkan bulan lalu.

Menggunakan kamera utama 20MP yang bersaiz 1-inci f/1.9 dan kamera swafoto 12.6MP. Menariknya, terdapat penutup lensa khas untuk bahagian kamera. Pada bahagian hadapan, menggunakan skrin IGZO OLED bersaiz 6.6-inci bersama paparan segar semula 240Hz.

Leitz Phone 1 juga dijana dengan cip pemproses Snapdragon 888, memori 12GB RAM dan 256GB storan. Terdapat juga bateri sebesar 5000mAh dan pengesahan IP68.

Buat masa ini, Leitz Phone 1 hanya dijual di pasaran Jepun sahaja dengan harga sekitar 187,920 yen, iaitu sekitar RM7,000 mengikut tukaran wang asing semasa. Peranti ini dijual secara ekslusif oleh Softbank di Jepun. Pra-tempahan bermula 18 Jun ini dan penjualan bermula bulan Julai tahun ini. 

ARTIKEL BERKAITAN