Close

LG Electronic menghentikan pembuatan telefon pintar dan beralih ke pembuatan peralatan rumah


LG
secara rasmi telah pun mengesahkan yang mereka telah keluar dari perniagaan mudah alih pada awal April lalu. Menurut laporan terbaru dari Korea, hari ini adalah hari terakhir pengeluaran telefon pintar dan tablet dari LG.

Walaupun LG sudah memberhentikan pembuatan telefon pintar, tetapi LG tetap akan terus menyokong kemaskini bagi peranti sedia ada dan menjanjikan kemaskini selama tiga tahun. Model premium yang dikeluarkan oleh LG termasuk siri Q akan mendapat kemaskini Android 12 dan peranti yang lebih baru akan menerima kemaskini Android 13.

Kilang LG Electronics di Vietnam yang sebelum ini menfokuskan kepada pembuatan telefon pintar dikatakan telah pun ditukar kepada kilang pembuatan peralatan rumah sebagai satu cara untuk mengekalkan pekerja yang sedia ada.

Kilang di Haiphong yang dibangunkan pada tahun 2015 juga telah ditukar kepada pembuatan TV dan peralatan selain telefon.

Menurut The Korea Herald, langkah yang dibuat oleh LG Electronics hari ini adalah satu langkah yang tepat dalam menjadikan LG sebagai salah satu pengeluar peralatan rumah terbesar dengan penjualan tertinggi $6.3 billion.

(Sumber) 

ARTIKEL BERKAITAN