Close

OnePlus akan menawarkan peranti dengan cip MediaTek tidak lama lagi

OnePlus nampaknya bakal menawarkan peranti dengan cip Mediatek tidak lama lagi. Menurut dari beberapa sumber yang dipercayai OnePlus dalam pembikinan peranti dengan cip Dimensity dari Mediatek.

Melalui laporan dari Digital Chat Station, OnePlus dikatakan sudah pun membangunkan prototaip dengan menggunakan cip Mediatek Dimensity 1200.

Membawakan rekaan hadapan yang sama seperti pada siri OnePlus 9 iaitu menggunakan kamera swafoto jenis punch-hole diatas sebelah kiri serta menggunakan panel skrin jenis rata.

Untuk fotografi, terdapat sedikit perubahan dari segi sensor utama yang akan menggunakan Sony IMX766 50MP  berserta dua lagi modul kamera tambahan bersama lampu LED. Harga jual dianggarkan sekitar CNY 2,000 (RM1,289).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN