Close

OnePlus dan OPPO bergabung untuk pergi lebih jauh

Hubungan korporat antara OnePlus dan Oppo tidak pernah menjadi rahsia. Walaupun dibawah payung yang sama tetapi kedua-duanya mempunyai identiti yang sangat berbeza.

Selama enam bulan terakhir Oppo dan OnePlus lebih terbuka mengenai sumber yang mereka kongsi, dan OnePlus mengumumkan yang mereka akan bergabung dengan Oppo. Perubahan tersebut diumumkan di forum rasmi OnePlus oleh CEO Pete Lau.


Pengumuman yang dibuat adalah selari dengan tanggungjawab yang dipikul oleh Pete Lau yang dilantik sebagai naib presiden OPLUS sejak dari tahun lepas.

Menurut Pete Lau, OnePlus dan Oppo akan terus beroperasi sebagai jenama yang berasingan, termasuklah dari segi rangkaian produk dan  juga acara pengumuman peranti. Dari sudut pandangan pengguna tidak banyak perubahan yang akan berlaku.

Dengan gabungan ini ia akan memberikan beberapa kelebihan dari segi perkakasan dan juga perisian. Selain itu, OnePlus akan mempunyai sumber yang lebih meluas dengan menggunakan kepakaran yang ada pada Oppo.

Perkara ini sudah boleh dijangka berikutan siri OnePlus 9 di China dijual dengan menggunakan Color OS iaitu sistem operasi yang dibangunkan oleh Oppo dan bukannya Hydrogen OS seperti kebiasaan sebelum ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN