Close

OnePlus Nord CE 5G hadir dengan Snapdragon 750G dan paparan 90Hz

Varian Nord dibawah OnePlus adalah menfokuskan kepada segmen yang kelas pertengahan dengan ciri premium dan merupakan formula baru OnePlus.

OnePlus kali ini melancarkan satu lagi siri Nord iaitu OnePlus Nord CE 5G. Perkataan CE pada siri ini membawa maksud Core Edition yang bertujuan memberikan pengalaman yang sama dengan harga yang lebih murah. Ia turut hadir dengan beberapa peningkatan dan membawakan lebih elemen premium.

OnePlus Nord CE 5G dikuasakan dengan cip Snapdragon 750G, skrin AMOLED bersaiz 6.43 inci bersama paparan 90Hz. Turut menjalankan antaramuka Oxygen OS berasaskan Android 11.

Perubahan besar pada model Nord CE 5G adalah pada reka bentuknya. OnePlus menyatakan yang Nord CE 5G adalah yang paling nipis selepas 6T dengan ukuran 7.9mm. Selain itu, model ini juga membawakan kembali bicu audio 3.5mm.

Pada bahagian kamera, Nord CE 5G hadir dengan tiga tetapan kamera dengan kamera utama 64MP, 8MP sudut lebar dan 2MP sensor kedalaman. Kapasiti bateri didatangkan dengan 4,500mAh bersama pengecasan pantas Dash Chager 30W yang mampu mengecas 70% dalam masa 30 minit.

Nord CE 5G akan memasuki pasaran Asia dan juga Eropah dan tersedia dalam tiga varian iaitu 6GB/128GB, 8GB/128GB dan 12GB/256GB. Harga jualan bermula dari € 299 (RM1,491), € 329 (RM1,642) dan  € 399 (RM1,991). Terdapat tiga pilihan warna iaitu Charcoal Ink, Silver Ray dan Blue Void.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN