Close

Pengeluaran iPhone 12 Mini dihentikan lebih awal


iPhone 12 mini telah diperkenalkan bersama barisan siri iPhone 12 lain yang memfokuskan kepada pengguna yang sukakan peranti dengan saiz yang kompak.

Namun begitu, terdapat laporan mengatakan prestasi jualan bagi iPhone 12 mini adalah sangat teruk, jika dibandingkan dengan model iPhone 12 yang lain. 

Melalui firma penyelidikan taiwan TrendForce, mendakwa pengeluaran iPhone 12 mini telah pun dihentikan. Yang memperlihatkan iPhone 12 mini hanya bertahan sehingga suku kedua 2021. 

Apple kini memfokuskan jualan iPhone 12 mini melalui inventori peranti sedia ada dan tidak menghasilkannya lagi. iPhone 12 mini dilancarkan pada Oktober 2020, hadir dengan skrin bersaiz 5.4 inci dengan harga jualan bermula dari RM2,910 ($699). Ditawarkan dalam enam pilihan termasuk dengan warna baru iaitu Ungu yang mula dijual pada April 2021. 

Dengan prestasi jualan iPhone 12 mini yang teruk, Apple dijangka masih memperkenalkan iPhone 13 mini pada akhir tahun ini namun akan menghentikan pengeluaran pada tahun 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN