Close

Perkhidmatan langganan ‘Twitter Blue’ dilancarkan dengan harga sekitar RM14 sebulan

Twitter telahpun melancarkan khidmat langganan pertama mereka yang digelar ‘Twitter Blue’. Namun buat masa ini hanya tersedia untuk Canada dan Australia sahaja, di Malaysia, AS dan negara lain masih belum tersedia untuk dilanggan.

Hey 🇨🇦, you’re in.

Be one of the first to explore @TwitterBlue, a new subscription service on iOS. pic.twitter.com/wV2wn8lXln

— Twitter Canada (@TwitterCanada) June 3, 2021

Harga langganan bulanan untuk Twitter Blue bernilai $3.49 (RM14.39) untuk Canada dan $4.49 (RM18.51) untuk Australia. Antara fungsi menarik yang akan tersedia untuk pengguna jika melanggan Twitter Blue adalah :

  • Undo Tweet
  • Bookmark Folders
  • Reader Mode
  • Customize App Icon
  • Akses kepada tema warna Twitter
  • Akses kepada sokongan pelanggan

ARTIKEL BERKAITAN