Close

POCO M3 Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM699 untuk 4GB RAM

POCO M3 Pro 5G baru sahaja dilancarkan di pasaran Malaysia dengan spesifikasi yang hampir sama seperti Redmi Note 10 5G, iaitu cip pemproses MediaTek Dimensity 700, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 18W (22.5W dalam kotak jualan).
Pada bahagian lain, ia menggunakan skrin IPS LCD bersaiz 6.5-inci dengan paparan 90Hz dan ketahanan jenis Corning Gorilla Glass 3. POCO M3 Pro juga hanya menggunakan satu pembesar suara, masih mengekalkan bicu audio dan pengimbas cap jari di butang kuasa.

POCO M3 Pro juga turut dilengkapi dengan tri-kamera 48MP utama, 2MP makro, 2MP depth yang mampu merakam video 1080 30fps, tiada fungsi kamera ultra sudut lebar dan pada bahagian hadapan mempunyai kamera swafoto 8MP.
Harga untuk pasaran Malaysia bermula RM699 untuk 4GB + 64GB dan RM799 untuk 6GB + 128GB. Terdapat 3 pilihan warna, iaitu Kuning, Power Black dan Cool Blue.

POCO M3 Pro boleh dibeli di Shopee Malaysia bermula 6 Jun ini dengan promosi RM599 untuk 4GB RAM dan RM699 untuk 6GB RAM sehingga 7 Jun. Pembelian di pautan ini.

ARTIKEL BERKAITAN