Close

Qualcomm umumkan Snapdragon 888 Plus – Apa yang baru?


Qualcomm
hari ini mengumumkan cip unggul baru mereka iaitu Snapdragon 888 Plus, bagi menggantikan cip unggul sedia ada, iaitu Snapdragon 888.

Snapdragon 888 Plus secara asasnya adalah Snapdragon 888 versi overclock. Yang mana kelajuan teras kyro 680 prime telah dipertingkatkan dari 2.84Ghz kepada 2.95GHz. Namun pada teras yang lain tiada sebarang perubahan dibuat. Perkara yang sama juga turut berlaku kepada GPU yang kekal tanpa sebarang perubahan.

Pada Snapdragon 888 Plus kali ini, Qualcomm lebih menfokuskan kepada kemampuan prestasi AI. Dengan menggunakan Enjin Qualcomm Generasi keenam yang menawarkan prestasi 32 TOPS AI berbanding 26 TOPS AI pada Snapdragon 888 sekaligus menambah peningkatan prestasi AI sehingga 20%.

Selain dari pengumuman cip baru, Qualcomm turut memberikan beberapa perincian lain mengenai modem baru Snapdragon X65 5G yang telah dibangunkan sejak Februari baru akan memasuki fasa akhir. Menawarkan kelajuan sehingga 10 Gigabit pada kedua-dua rangkaian serta menyokong simultaneous carrier aggregation pada semua sub-6Ghz dan mmWave band.

Qualcomm turut mengumumkan akan bekerjasama dengan pelbagai syarikat untuk memperluaskan penggunaan mmWave. Manakala Xiaomi dan Oppo mendedahkan yang mereka sedia melancarkan peranti dengan sokongan mmWave dalam masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN