Close

Rekaan antaramuka Windows 11 tertiris sebelum ia dilancarkan


Microsoft
akan melancarkan Windows versi baru iaitu Windows 11 yang dijangka akan diperkenalkan pada minggu hadapan. Menjelang pengenalannya pada minggu hadapan telah tertiris beberapa imej awal Windows 11.


Gambar: XDA Developers

Perubahan baru yang dikesan pada Windows 11 adalah pada Start Menu, Taskbar dan beberapa aspek lain di dalam sistem operasi. Sejumlah elemen dari Windows 10X turut digunakan. Buat yang tidak mengenali Windows 10X ia merupakan Windows yang dibangunkan untuk peranti Hybrid namun Microsoft memilih untuk menghentikan platform tersebut.

Gambar: XDA Developers

Windows Search turut mendapat rekaan baru, Microsoft juga menggunakan beberapa elemen Sun Valley UX. Ini termasuk floating dan centered fly-outs. Bahagian ikon kini boleh diposisikan ditengah atau sebaliknya seperti biasa pada Windows 10. Menu carian baru membolehkan anda menyaring hasil mengikut aplikasi, dokumen, tetapan, dan banyak lagi. 

Gambar: XDA Developers

Bagi File Explorer ia tidak membawa banyak perubahan, jika dibandingkan dengan Windows 10, namun ia hadir dengan semua ikonn yang berbeza. Logo baru turut digunakan yang merupakan logo baru Microsoft menggantikan logo trapezoid.

Gambar: XDA Developers

Fungsi Widget juga turut dibawakan kembali pada Windows 11 yang mungkin akan menggantikan Live Tiles. Widget akan menjadi berbeza apabila pengguna menukar mod terang atau gelap. Windows 11 akan tersedia dalam semua versi iaitu seperti mana pada Windows 10, iaitu Windows 11 Home, Pro, Enterprise, dan lain-lain.


Microsoft akan mengumumkan Windows 11 pada minggu hadapan. Dan kami mejangkakan perubahan baru pada Windows 11 akan ditambah dari masa ke semasa. Dan mungkin versi awal akan boleh digunakan pada hari pelancaran dan versi stabil mungkin akan tiba pada suku terakhir.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN